Pages

Tuesday, August 31, 2010

31 OGOS




1 MALAYSIA

Well,,kalo sebut 31 Ogos je msti smue org da tahu punye.Merdeka la weyyy!!!
tp bagi aku lak len.Yeayy!!!CUTI la weyy!!!haha=)
dpt rest time isnin-jumaat even sehari p0wn amat berharga..kal0 x,,huh~~xyah kate...kls dri pg smpi ptg..oh0o0o0iiiiiii....sengal bdn k0t ble mlm..bl0m agy plus ngn asgmnt agy.rep0t amali yg b'kurun n da bley wt pekasam agy..haha~mmg penin smpi xckp nafas k0t...

tapi td kn,,ade amali GIS..fuhh,,sbek ary ni punye xsusa cm ary2 sbl0m2 ny...alahaaaiii smpt td0 3minit td..terase bgge d aty...wakakaa(tah pape le ak ny)

tp ari ni agk sdey le gak...sbb pensel yg m'jdi kebanggaan sekian kini,,da patah..tp xr0sk..tp agk cacat,,siye dkt mu pensel..
dlu kam0 cantek
dlu kam0 ak syg sgt2
dlu kam0 amt b'hrge bg aku
dlu kam0 di tatang bgi minyak yg pn0h
dlu kam0 peneman ak time exm
dlu kam0 kuat

tapi......walaupun kam0 da xcantek,ak ttp sayang kam0
kam0 ttp b'hrge d aty aku
kam0 ttp peneman setia ak kt ats meja
kam0 ttp nmpk kuat smpi ble2 hingga akhir hayat kam0...
sbb ak sayang kam0 sgt2...
o00o0o0 pensel kuuuuu~~~

~~inilah pensel ksygnku~~


ok jap,,,bru ak pasan...
ak bl0m............................HEHE;p

"SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE-53"


smoge pemikirn kite smue merdeka gak le ek...
bebas dri sgalenye~~
sm0ge ngare kite sntiase aman damai sent0se bahagie b'muafakat sepakat m'bawa berkat..
(pe kmnde ak mepek maban ni...shengal t0l...)


ok la...sempena nk raye ny,,
ak p0wn nk menyelit wish awl cket..
"SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI BUAT KAUM MUSLIM N MUSLIMAT"
time raye da xbkk blog2 ny..
bz mkn kuih rye,ketupat rendang,kek, aym masak merah,kerang,udang,sotong,smue n sgale bagai r....xegt da bkk blog....
muahahhahaa~
epy h0liday~~~~
terlebih dahulu sye ingin memohon maaf jika ade t'sala laku kata dri awl mengenali sye shgge skang..maafkan sye~~


Monday, August 30, 2010

Bile kebosanan melanda

n3 kali ni aku nk men hentam kr0mo je.
sbb kebosanan yg amat2 sgt...
malam yg sunyi sepi tanpa keb0om kebab0o0o0...
sbb slal0nye stiap jam minit saat,aras5 blok aku ni xpenah senyap...
tp malam ni len...
nk taw x sbb pe????jeng3.....????????
sbb s0k da ms0k 31 ogos......
dorang smue k0nn2 celebrate MERDEKA la 2...
ahaaa,,,,,,

bile pikiq2 lek,ak da lme xwat cte..
sbb ak xde st0ry nk wat..
myb sbb bz gk k0wt..k0nn je bz...
padahal ak sndri p0wn xtaw pe yg ak bz sgt smpi assgmnt b'tmbun yg tggl nk runtuh 2 p0wn ak xwat agy...
hahhahaa~ciri2 student 'cemerlang,terbilang,gemilang n berbilang2'..
bile nk rajin je,,malas dtg..
bile ak malas je,rajin nk wat mnde xb'paedah p0wn dtg..
aisshhhh,,,polik bin ajaib aku..
kehidupan aku yg amat ganjil...
hurmmmmm....

haa...malas ak da stat mai da....
bek ak bce n0vel yg b'tahun aku xkhatam 2...
sat agy puang piang mintak n0vel 2,,
ahhh sudah...kempunan mer0yan telan ayok liuq aku xdpt bce...

sekian...wabillahi taufik wal hidayah~~~

Saturday, August 28, 2010

10 Petanda DIA Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :-

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


---> JODOH PERTEMUAN ADALAH KUASA ALLAH..KITA HANYA MERANCANG, TETAPI ALLAH YG MENENTUKAN=)



Saturday, August 7, 2010

^-^Renung-renungkan dan Selamat Beramal^-^

  • DOA MEMOHON KECINTAAN ALLAH..."YA ALLAH..YA TUHANKU..ssghnya aku memohon kpdMU akn kcintaanMu & kecintaan org yg m'cintaiMU & kecintaan amalan yg m'bwaku sampai kpd kecintaanMU..YA ALLAH YA TUHANKU,jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yg sgt aku cintai lebih drpd diriku,hartaku,keluargaku dan air yg dingin...." Drpd Abu Darda' r.a bhw Rasulullah s.a.w b'sbda:"Di antara doa Nabi Daud a.s(iaitu spt di atas)..


SUMBER : Malam Pertama di Syurga~~
--->Indahnya Saat Sakratulmaut Para Sahabat Rasulullah S.A.W

Walaupun sakaratul maut itu digambarkan betapa ngerinya,tetapi marilah kita menghayati keindahan kisah sakaratul maut para sahabat,yakni digambarkan oleh Rasulullah sebagai bintang2 dilangit.

Indahnya Kematian Umar bin Khatab.

Ketika Umar Al-Faruq menjelang ajal,beliau berkata kepada puteranya Abdullah,"Letakkan pipiku di atas tanah.",namun Abdullah enggan untuk melakukan demikian. Beliau berkata sehingga 3 kali,"Letakkan pipiku di atas tanah,semoga Allah melihatku dalam keadaan demikian,kemudian Dia merahmatiku."

Diriwayatkan,bahawa beliau terus menangis sehingga pasir-pasir menempel di kedua mata beliau seraya berkata,"Celakalah Umar,celaka juga ibunya,jika Allah tidak memaafkannya."

Indahnya Kematian Usman bin Affan.

Usman r.a. berkata di akhir hayatnya,"Tidak ada ilah selain Engkau,Maha Suci Engkau ya Allah,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang berbuat aniaya.Ya Allah aku mohon pertolongan dalam semua urusanku, dan aku memohon kesabaran dalam menghadapi ujian yang menimpaku."


Indahnya Kematian Abu Hurairah.


Ketika Abu Hurairah sakit tenat beliau menangis,lalu ditanya,"Apa yang membuat anda menangis?"Beliau menjawab,"Saya menangis bukan kerana dunia ini,tetapi saya menangisi perjalanan selepas ini,bekalku yang sedikit,lalu saya akan berada disuatu tempat yang menanjak lagi amat luas,sedangkan saya tidak tahu akan dimasukkan ke neraka atau syurga.


Indahnya Kematian Abu Darda'.

Ketika menjelang wafatnya Abu Darda',dia berkata,"Apakah seseorang tidak mahu beramal untuk mempersiapkan pentas perjuangan ini?Mengapa orang tidak beramal untuk menghadapi waktu ini?Mengapa orang tidak beramal untuk menyongsong hariku ini?"Kemudian beliau menangis,maka isteri beliau bertanya,"Mengapa engkau menangis,bukankah engkau telah menemani Rasulullah?"Beliau menjawab,"Bagaimana aku tidak menagis sedangkan aku tidak mengetahui bagaimana dosa-dosa telah menyerangku."


Disebutkan bahawa Abu Darda' apabila ada seseorang yang meninggal dalam keadaan baik,maka beliau berkata,"Berbahagialah engkau,andaikan aku dapat menggantikan dirimu."Maka Ummu Darda' bertanya kepadanya tentang hal itu,lalu beliau menjawab,".........bukankah engkau tahu,bahawa ada seseorang yang pagi-pagi dia beriman,namun di petang hari telah menjadi munafik,ia lepaskan keimanannya tanpa dia menyedarinya."

-IROMEM-

""Memori adalah kenangan abadi, tidak kira ia nya memori pahit ataupun manis ia tetap menjadi petunjuk bagi seseorang untuk melangkah maju pada masa hadapan. Tetapi adakala nya memori akan membunuh kejayaan seseorang untuk maju ke hadapan. Walaubagaimanapun, kejayaan bergantung pada keberanian seseorang untuk berjaya."

--->keberanian muncul kembali.
--->keberanian menulis kembali.
--->keberanian untuk bermadah kembali.
--->keberanian mengeluarkan idea2 yg 'agk' bernas kembali.
--->keberanian mengarut kembali.
--->keberanian meluah perasaan kembali.
--->keberanian membakar semangat kembali.
--->keberanian merepek kembali.
--->keberanian segala keberanian...............


Memori dicipta oleh dri kite sndri. Jika memori tersebut indah, maka indahlah kenangan kite. Tetapi jika memori itu pahit, maka pahitlah kenangan kite. Terpulang kpd dri kite sndri untuk memilih memori yg mana. Semua terletak d ats tgn kite. Kite hrs berani untuk menghadapi segala kemungkinan yg akan dtg. Jgn cepat mengalah!!Itu yg pasti...kerna org yg cepat mengalah adalah org yg di namakn L0SER!!!!!

Semakin banyak memori yg dicipta, semakin matang diri kite. Memori bahagia menceriakan kehidupan kite sepnjang mse. Tetapi bukan pula memori yg pahit yg sentiasa kite mahu lupekan terus dari hidup kite. Akan tetapi,,memori tetap memori. Sejauh mana kite mahu lupakan ia tetap akan ada dalam ingatan walaupun hanye sekelumit kerna memori tetap memori........


TINGGAL KENANGAN

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih